Walaupun melalui kepayahan dan kesukaran, medan perjuangan adalah jalan menuju kemuliaan.
Jika kita tidak tahan dengan kesusahan, dan berputus asa lalu keluar daripada medan perjuangan, maka jauhlah kita daripada kemuliaan sebenar. Kita mungkin berasa enak kerana telah terlepas daripada kesusahan, tetapi kita bukan lagi seorang yang mulia bahkan seorang pengecut dan berjiwa kecil.
.
Orang yang menahan diri berpuasa selama sebulan dengan penuh keikhlasan, dia sebenarnya menuju jalan kemuliaan. Menjadi orang yang disayangi Allah. Kelak akan mendapat balasan kemuliaan daripada Allah, menjadi orang yang bertakwa.
Orang yang tidak berjaya menahan nafsu dan tidak berpuasa, rasa enaklah dia dengan makanan yang dia makan. Enaklah dia menurut kehendak nafsunya. Tetapi dia telah menjadi jauh daripada jalan kemuliaan.
.
Berdoalah agar Allah pelihara kita dari berputus asa untuk berjuang dan akhirnya kita mendapat kemuliaan di sisi Allah. Kemuliaan di sisi Allah tidak dapat dikira besar nilainya. Amin.

Ulasan
Catat Ulasan